Attack On Our CA
ATTACK ON OUR CA: APA YANG SEDANG BERLAKU Apa yang anda sedang saksikan di halaman ini bukan sekadar deretan artikel dan posting. Ini adalah bukti satu serangan sistematik dan licik terhadap senjata paling ampuh pekerja bank: Perjanjian Kolektif (CA) kita. MCBA, diarah oleh 17 CEO bank dan disokong oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim, telah menghantar CA20 terus ke Mahkamah Perindustrian sebelum rundingan bermula. Ini bukan kebetulan. Ini adalah strategi terancang untuk mencabut satu demi satu perlindungan yang telah kita perjuangkan dan pertahankan selama puluhan tahun. Setiap artikel yang mereka cuba buang, setiap klausa yang mereka mahu padam, adalah serangan terhadap maruah, keselamatan dan masa depan pekerja. Di sinilah kami dedahkan semuanya. Satu persatu.