Persidangan Perwakilan Delegasi Kebangsaan Ke-11 Ceylon Bank Employees' Union (CBEU)
25 Mac 2018 adalah Persidangan Perwakilan Ceylon Bank Employees Union (CBEU) berlangsung di Pusat Pembangunan Belia Kebangsaan Sri Lanka Maharagama, Colombo Sri Lanka.
Delegasi NUBE Malaysia yang diketuai oleh Naib Presiden, Bro Chee Yeeh Ceeu juga telah menghadiri persidangan ini.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Komisioner Ketua Buruh En. R P A Wimalaweera dengan menyalakan lampu-lampu minyak tradisional bersama dengan semua tetamu undangan terhormat dan turut sertai oleh pegawai CBEU.
Bro Chee Yeeh Ceeu dalam ucapannya berkata NUBE dan CBEU mempunyai hubungan jangka panjang selama ini dan hubungan mesra antara NUBE dan CBEU ini sangat membantu dalam interaksi dan pemahaman bersama tentang pelbagai masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perbankan di kedua-dua negara. Ini adalah proses pembelajaran dan perkongsian maklumat yang amat penting bagi kedua-dua organisasi dan dia berharap hubungan erat ini akan berterusan.
Beliau juga menyampaikan mesej solidariti Ahli Majlis Kebangsaan NUBE kepada semua Pemimpin dan Delegasi CBEU untuk Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-11 agar berjalan dengan lancar dan berjayanya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now