03 Jun 2020

COVID-19 TERKINI

 

CABARAN PEKERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Covid-19 dan Perlindungan Pekerja - Mana Silapnya?

COVID-19 mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk, menjejaskan pekerja dan masyarakat di segenap pelusuk dunia pada tahap yang tidak pernah di alami sebelum ini.

Walaupun kerajaan berusaha menangani kemelut akibat pandemik Covid-19, sebilangan besar warga pekerja terus di tindas majikan sama ada dengan pemotongan gaji yang menyalahi undang-undang atau di paksa mengambil cuti tahunan tanpa gaji. Malah ada pekerja diberhentikan sewenang-wenangnya.

Satu daripada cara MTUC membantu pekerja dalam menghadapi permasalahan ini adalah dengan menganjurkan perbincangan panel pakar demi menyebarkan kesedaran mengenai hak pekerja dan menawarkan nasihat serta khidmat perwakilan kepada mereka yang memerlukannya.

Justeru, sekali lagi MTUC mengumpulkan panel pakar dalam bidang masing-masing untuk mengupas pelbagai isu melibatkan kepentingan pekerja, termasuk aspek sosio-ekonomi, hak undang-undang, perwakilan kesatuan dan inisiatif kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Ikuti perbincangan rancak CABARAN PEKERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Hari: Sabtu, 6 Jun 2020
Jam: 11.00 pagi – 1.00 Tengahari
Tempat: LIVE di Facebook Malaysian TUC

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my