02 Feb 2021

KENYATAAN MEDIA

 

Siri Pendedahan Skandal HSBC #9 - Kegiatan Haram di Amerika Syarikat

FinCEN Files adalah dokumen rahsia laporan aktiviti bank yang mencurigakan dari US Treasury Financial Crime Enforcement Network.

Pada 20 September 2020, Konsortium Wartawan Penyisatan (ICIJ) mendedahkan dari laporan FinCEN Files bahawa pemindahan wang sebanyak USD80 juta telah dibuat menerusi transaksi di Amerika Syarikat ke akaun HSBC di Hong Kong pada 2013 - 2014 melalui Skim Ponzi.

FinCEN Files berkenaan menunjukkan penipuan pelaburan tersebut berlaku selepas HSBC Bank didenda 1.9 billion dollar di AS kerana pengubahan wang haram malah ia juga berjanji untuk mengatasi aktiviti seperti itu.

Melalui pendedahan ICIJ ini, jelas menunjukkan bahawa pengurusan HSBC cenderung mengaut keuntungan melalui aktiviti haram dan tidak serik untuk melakukan kesalahan walaupun pernah didenda berbillion dollar.

Adakah kerajaan Malaysia memantau dengan teliti bank yang mempunyai rekod seperti HSBC untuk beroperasi di Malaysia? Adakah HSBC kebal untuk bertindak sesuka hati, lebih-lebih apabila melibatkan penganiayaan terhadap pekerja B40 & M40?

#HabislahPekerjaMalaysia

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my