PIKET KEBANGSAAN NUBE: 'HSBC BANK CHEATS WORKERS' 34
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kawasan sekitar HSBC Bank Berhad cawangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dibanjiri dengan kemeja-T berwarna merah, yang tertera slogan "#HSBC Cheats".
Para peserta piket kebangsaan fasa kelima malam tadi, yang berlangsung dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam, membawa mesej "HSBC Cheats" bagi melawan penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi oleh HSBC Bank ke atas pekerja-pekerja B40, terutama ahli-ahli NUBE.
Setakat ini, NUBE telah mengadakan piket kebangsaan di lima kawasan sejak Mac 2022 iaitu Johor Bahru, Johor; George Town, Pulau Pinang; Ipoh, Perak; Kota Bharu, Kelantan dan terakhir di Kuala Lumpur malam tadi, menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Para peserta melaungkan kecaman dan kritikan ke atas dasar HSBC Bank yang tidak mahu menghormati amalan perhubungan perusahaan harmoni.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now