05 Sep 2022

BERITA NASIONAL

 

PIKET TERHADAP HSBC BANK

SUARA NUBE
No. 06/2022  5 SEPT 2022
Salam Solidariti #RakanPerjuanganNUBE  


PIKET TERHADAP HSBC BANK


Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli NUBE yang telah menyertai piket terhadap HSBC Bank di cawangan Bukit Bintangnya.
Pada hari itu, diambang hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, kami berjaya menyampaikan kepada orang ramai berkenaan eksploitasi yang dilakukan oleh HSBC Bank.
Kami juga telah, dipenghujung piket tersebut menyaksikan kelakuan tidak senonoh beberapa orang anggota polis.
Kami telah membuat aduan rasmi kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman.  Kami percaya siasatan akan dijalankan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam pada itu, tindakan industri termasuk Piket terhadap HSBC Bank akan diteruskan sehingga HSBC Bank menghentikan ketidakadilan yang dilakukan terhadap pekerja Malaysia dan datang ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian perusahaan yang wujud.
Sekali lagi terima kasih atas solidariti anda dan perjuangan demi hak kami akan berterusan.


#SATUUNTUKSEMUASEMUAUNTUKSATU
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my