BAJINGAN HEBAT DI HSBC BANK
Lembaga Pengarah HSBC Bank Malaysia (BOD) mempunyai kewajipan untuk memantau perbadanan bagi pihak pemegang taruh. Ini termasuk membuat penyiasatan berkenaan dakwaan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukannya yang dipercayai telah terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang yang bukan untuk kepentingan pemegang sahamnya.
Lembaga Pengarah HSBC Bank Malaysia secara kolektif telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan kejayaan jangka panjang Bank, objektif dan penyampaian nilai yang mampan kepada pemegang taruh.
Bank Negara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Lembaga Pengarah menguruskan tabdir bank dengan baik dan tidak mewujudkan satu lagi 1MDB yang telah memburukkan negara Malaysia di peta dunia.
NUBE menggesa BNM memecat semua Lembaga Pengarah di atas dan menggantikan dengan Lembaga Pengarah yang baru bagi mengelakkan kesilapan BNM yang sama berulang kembali dalam soal 1MDB.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now