08 Sep 2022

 

 

BAJINGAN NO. 1 DI HSBC BANK MALAYSIA

Datuk Kamaruddin bin Taib merupakan anak kepada Tan Sri Taib Haji Andak berumur 65 tahun, kini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah HSBC Bank Malaysia.

Beliau memegang jawatan Lembaga Pengarah  lebih dari 10 syarikat dan juga merupakan Pengerusi di GHL Systems Berhad. Beliau memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik, Universiti Salford, UK.

Tanpa rasa segan silu, Datuk Kamaruddin Taib sanggup mengaibkan bapanya sendiri Tan Sri Taib Haji Andak dan keluarga beliau dengan merompak orang miskin walaupun beliau telah mempunyai harta yang melimpah ruah.
Berdasarkan Dokumen Dasar Tadbir Urus Korporat BNM, Pengerusi Lembaga Pengarah HSBC Bank Malaysia mempunyai tanggungjawab utama antara lain:

1. Memastikan HSBC Bank diurus dengan baik dan berhemat, dengan mengambil kira kepentingan pendeposit, pemilik polisi dan ahli-ahlinya.

2. Perlu memastikan bahawa kod etika diterima pakai bagi menggalakkan tingkah laku beretika, berhemat dan profesional serta dasar pemberi maklumat yang telus,

3. Sentiasa memastikan setiap pelanggaran kod etika  dan cara menangani pelanggaran tersebut direkodkan dan dilaporkan dengan menggunakan standard integriti yang tinggi.

4. Imbuhan setiap Pengarah dan kakitangan Bank diluluskan setiap tahun.

Malangnya, Pengerusi telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab asasnya malah merompak gaji 4 tahun pekerja B40 dan M40.
 
Sungguh hina sekali sebagai seorang Lembaga Pengarah, beliau telah melanggar dasar asas Tadbir Urus Korporat BNM dengan menyokong kegiatan Anti-kesatuan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusannya sendiri.
BNM mesti memecat Datuk Kamaruddin bin Taib sebelum 1HSBC menggantikan 1MDB.
 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my