NUBE rayu Bank Negara campur tangan pastikan Citibank bayar pampasan pemberhentian pekerja
KUALA LUMPUR 23 Feb – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank(NUBE) merayu kepada
Bank Negara Malaysia supaya campur tangan memastikan Citibank membayar pampasan
pemberhentian atau bayaran penghargaan daripada hasil jualan.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, Citibank telah beroperasi di Malaysia selama 63
tahun, memutuskan untuk menjual perniagaan Perbankan Penggunanya untuk pulangan tunai
yang besar.
Menurutnya, ia menyebabkan pekerja-pekerja Malaysia ditamatkan perkhidmatan di Citibank
tanpa sebarang pampasan pemberhentian atau bayaran penghargaan daripada hasil jualan.
Katanya, semua perniagaan mempunyai kewajipan moral dan etika dan mereka harus
menghormati hak asasi manusia kerana mereka tidak sepatutnya melanggar hak asasi manusia
pekerja-pekerja mereka
Di Korea Selatan kata beliau, dalam keadaan yang sama, bank pusat campur tangan dan Citibank
membayar tujuh tahun gaji sebagai pampasan untuk penamatan pekerjaan setiap pekerja yang
terjejas.
“Atas sebab itu, NUBE merayu supaya Bank Negara bertindak ke atas Citibank. (Tetapi) rayuan
seperti itu tidak diendahkan kerana BNM jelas tidak berminat untuk melihat kepentingan golongan
pekerja bergaji paling rendah di negara ini.
“BNM bertindak sebagai pembantu kelas perniagaan, dan bukan sahaja perniagaan besar
tempatan tetapi juga perniagaan asing.
“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus campur tangan untuk
membuat perubahan yang perlu dalam BNM atas semangat ketelusan dan tadbir urus yang baik,
yang dijanjikan oleh kerajaan baharu,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Solomon berkata, Bank Negara telah gagal dengan ketara dalam mengutamakan kepentingan
ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia.
Beliau mendakwa Bank Negara telah menyerahkan jiwanya kepada kepentingan perniagaan besar
dan khususnya pelabur asing.
Katanya, pelabur asing yang dirujuk bukanlah perniagaan yang melabur untuk tujuan mengaut
keuntungan dan juga untuk melabur demi kesejahteraan Malaysia, yang akan menjadi satu bentuk
pelaburan yang dialu-alukan.
“Jenis pelabur asing yang BNM bersekongkol adalah pelabur spekulatif yang ingin
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now