28 Feb 2023

BERITA NASIONAL

 

 

Citibank menyedut keluar kekayaan milik rakyat Malaysia

Citibank AS (Citi) memutuskan untuk menjual perniagaan penggunanya di 13 buah negara. Malaysia dan Korea Selatan adalah antara negara yang terjejas.

Di Korea Selatan, Citi mengalami kerugian dan tidak mempunyai pembeli untuk perniagaan penggunanya. Di Malayisa pula, perniagaan pengguna terbesar dan paling menguntungkan Citi termasuk pekerjanya dijual kepada bank asing yang lain.

Keseluruhan proses tidak ada ketelusan, keadilan dan yang paling teruk ialah diskriminasi antara pekerja-pekerja di Korea Selatan dan Malaysia.

Pekerja-pekerja Korea Selatan dibayar gaji penuh untuk satu tempoh selama tujuh tahun, antaranya faedah-faedah lain. Bagaimanapun, di Malaysia, pekerja-pekerja B40 dan M40 yang telah lama berkhidmat, dijual secara kejam tanpa sebarang niat murni sebagai tanda pengiktirafan ke atas perkhidmatan, sumbangan dan kesetiaan mereka dalam Citi memperoleh keuntungan yang besar.

Citi telah gagal adalah ESG sendiri. Citi telah gagal dalam menegakkan hak asasi manusia - layanan yang adil.

Citi menyedut keluar keuntungan yang diperoleh di bumi Malaysia dan Rakyat bersama-sama dengan hasil penjualan perniagaannya sehingga merugikan Rakyat.

BNM telah meluluskan langkah Citi keluar dengan Kekayaan Rakyat Malaysia.

Apakah yang akan dilakukan oleh PMX Malaysia?

Apakah beliau akan kekal diam?

Adakah beliau akan bangkit membantu pekerja-pekerja Malaysia?

#citi

#citifailshumanrights

#citifailsESG

#citifailsfairtreatment

#citifailsCSR

#BNMfailsRakyat

#citiinhumane

#MinistryofFinance

#KementerianKewanganMalaysia

#BNM

#banknegara

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my