04 Mar 2023

 

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN HSBC BANK DOWNING STREET (PGH), PULAU PINANG

Georgetown, Pulau Pinang - 4 March 2023 : Ahli-ahli HSBC Downing Street (PGH), Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 premisnya.

Turut hadir pada AGM tersebut adalah Pengerusi NUBE PKP Saudara Abdul Jamil Hj Jalaludeen, Setiausaha Kehormat Saudara Chee Yeeh Ceeu, Bendahari Kehormat Saudara Haji Mohamad Ilyas, Ketua Zon Saudara Zainul, Saudara L. Baskaran serta Ahli Jawatankuasa Kerja Saudari Nur Marjaan Abdul Hamid turut hadir Saudara Baskaran.

Saudara Pengerusi mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan selama ini kepada Kesatuan NUBE yang tercinta ini.

Ahli-ahli juga diberikan penerangan tentang Piket terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Citibank Malaysia dimana ahli-ahli NUBE ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang pampasan pemberhentian atau bayaran penghargaan daripada hasil jualan.

Semua ahli telah dinasihatkan agar berwaspada terhadap ancaman pekerjaan di era perbankan digital dan menjaga etika pekerjaan dengan sebaiknya.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli HSBC Downing Street (PGH) & Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRCs) yang baru yang dipilih. Diharap IRCs yang telah dipilih dapat menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi serta bertanggungjawab dan menyemarakkan lagi semangat Solidariti yang utuh 'One For All and All For One'!.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my