Update Penting dari NUBE
Update Penting dari NUBE
Hari ini, anggota NUBE telah berhimpun di JPP untuk perbincangan penting kedua tentang isu Bantuan Perayaan bersama Ketua Pengarah JPP Putrajaya. Pertemuan ini berlangsung pada 27 Mac 2024, jam 2:30 petang, membuka babak baru dalam perjuangan kita. #BankTakIkhlas
Kita dihadapkan dengan justifikasi yang diberikan oleh bank-bank yang enggan membayar Bantuan Perayaan kepada anggota NUBE dalam kategori B40 dan M40. Alasan mereka? Keuntungan lumayan tahun 2023 tidak cukup untuk dibagi kepada pihak atasan dan pemegang saham.
Namun, mari kita pertimbangkan fakta:
* Maybank mencatatkan keuntungan bersih RM9.35 bilion pada 2023, meningkat 17.5% dari RM8.24 bilion pada 2022.
* Public Bank memperolehi keuntungan RM6.65 bilion pada 2023, naik dari RM6.12 bilion pada 2022.
* CIMB pula, melonjak 28.3% keuntungan bersih dengan RM6.98 bilion pada 2023 dari RM5.44 bilion pada 2022.
Dengan keuntungan bank yang begitu tinggi, adakah alasan mereka untuk tidak membayar Bantuan Perayaan kepada pekerja B40 dan M40 munasabah?
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now