KEUNTUNGAN BERBILLION TAPI ENGGAN MEYEDIAKAN SURAU YANG SELAMAT DAN SESUAI
KEUNTUNGAN BERBILLION TAPI ENGGAN MEYEDIAKAN SURAU YANG SELAMAT DAN SESUAI
Ahli NUBE menzahirkan rasa tidak puas hati dan sedih kerana tidak dapat menunaikan solat fardu Zohor dan Asar berjemaah minggu lalu yang berhubung kait dengan Pertikaian Perusahaan Bantuan Perayaan.
Apabila ditanya; ahli dengan kesal melaporkan sebab kekurangan kemudahan solat yang selamat dan sesuai di beberapa premis perbankan menjadikan mustahil untuk solat berjemaah.
Apabila diteliti dengan lebih lanjut, ternyata isu ini bukan hanya melibatkan ruang solat yang amat terhad atau malahan ianya merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja.
Tempat yang digunakan sebagai surau itu pun tidak diasingkan antara lekaki dan perempuan seperti yang di unjurkan dalam islam.
Tanpa mengendahkan tuntutan agama di tempat kerja, pendedahan ini amat membimbangkan walhal bedasarkan latar belakang pihak bank bank melaporkan keuntungan tahunan yang berbillion-billion.
Isu ini lebih diburukkan apabila pihak MCBA dan pengurusan tertinggi bank bank menolak sesi dialog sosial bersama NUBE termasuk perbincangan keselamatan di tempat kerja.
Para pengurusan tertinggi bank dan MCBA melakukan pelanggaran ini dengan berani sejak mereka mengaku bekerjasama rapat dengan YB Steven Sim.
Abdul Jamil Jalaludeen
Timbalan Presiden, NUBE
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now