28 May 2024

BERITA NUBE

 

Artikel 4: Penyelesaian Pertikaian 

Artikel 4: Penyelesaian Pertikaian 

Kefahaman CA: Know Your Rights! 

Dalam post ini, kita akan meneliti Artikel 4: Penyelesaian Pertikaian dalam Perjanjian Kolektif ke-19. Artikel ini menjelaskan prosedur untuk menyelesaikan sebarang aduan di tempat kerja.

Pentingnya Perbincangan Penuh 

Mengakui nilai dan kepentingan perbincangan penuh untuk menyelesaikan salah faham dan mengekalkan hubungan harmoni, setiap usaha yang munasabah akan dilakukan oleh Kesatuan dan Persatuan untuk menyelesaikan sebarang aduan atau pertikaian dari pekerja pada tahap serendah mungkin.

Prosedur Aduan

Prosedur yang perlu diikuti untuk memproses sebarang aduan atau pertikaian berkenaan dengan seorang pekerja adalah seperti berikut:

(a) Aduan di Peringkat Pejabat

Jika seorang pekerja mempunyai aduan, dia boleh mengemukakannya dalam Borang Maklumat Aduan kepada penyelianya dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pekerja itu menyedari atau menerima penjelasan berkenaan situasi yang menyebabkan dia tidak puas hati. Untuk memfailkan aduan itu, pekerja itu perlu isi Borang Maklumat Pengaduan di dalam CA, dan boleh, jika dia mahu, ditemani oleh seorang ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) yang dipilih oleh cawangan NUBE:

(b) Penyelesaian Pertikaian di Peringkat Pejabat

Jika aduan pekerja itu tidak diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah aduan difailkan, maka akan wujud satu pertikaian dan IRC berhak memanggil pengurus cawangan/unit atau jabatan untuk mesyuarat peringkat pejabat rasmi bagi membincangkan aduan pekerja itu bertujuan mencapai penyelesaian.

(c) Penyelesaian Pertikaian di Peringkat Cawangan 

Jika pertikaian tidak dapat diselesaikan pada Peringkat Pejabat, ia perlu dirujuk kepada Peringkat Cawangan Kesatuan untuk penyelesaian. Mesyuarat antara Bank dan Cawangan Kesatuan akan diadakan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas permintaan dibuat oleh mana-mana pihak.

(d) Penyelesaian Pertikaian di Peringkat Nasional

Jika pertikaian tidak dapat diselesaikan pada Peringkat Cawangan, ia akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Kesatuan dan Ibu Pejabat Bank untuk penyelesaian di Peringkat Nasional.

(e) Penyelesaian Pertikaian oleh Jawatankuasa Tetap (Standing Committee)

Jika pertikaian tidak dapat diselesaikan pada Peringkat Nasional, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tetap (5 orang daripada pihak NUB dan 5 orang daripada pihak MCBA) untuk cuba penyelesaian di Jawatankuasa Tetap.

Nota Penting:

Jika tiada penyelesaian dicapai oleh Jawatankuasa Tetap, pertikaian akan dirujuk kepada pihak ketiga yang dipersetujui bersama atau kepada Kementerian Sumber Manusia bagi rujukkan ke Mahkamah Perusahaan.

Hak Pihak-Pihak Semasa Penyelesaian Pertikaian 

Sepanjang tempoh aduan atau pertikaian sedang diproses, tiada pihak yang boleh mengambil tindakan unilateral, tertakluk kepada keperluan segera operasi Bank. Pekerja yang melaksanakan apa-apa arahan penyelia mereka, yang menjadi subjek aduan atau pertikaian, dianggap melakukannya di bawah protes sehingga pertikaian diselesaikan atau diadili.

Pelaksanaan dan/atau Tafsiran Perjanjian Kolektif

Satu Jawatankuasa Tetap juga akan berjumpa bagi isu-isu berkaitan tafsiran Perjanjian Kolekti serta isu-isu yang tidak dibangkitkan melalui process aduan tersebut di atas. Jika tidak diselesaikan, pertikaian akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan untuk keputusan.

Mengapa Ini Penting? 

Mengetahui peruntukan dalam Artikel 4 ini membantu anda memahami:

Fahami hakikat bahawa pihak pengurusan bukannya selalu betul, ariff atau adil dan anda mempunyai hak untuk menyoal pihak pengurusan.

Prosedur untuk mengemukakan aduan.

Langkah-langkah yang terlibat dalam menyelesaikan aduan anda.

Dengan memahami peruntukan ini, anda akan lebih bersedia untuk menangani sebarang isu di tempat kerja dan memastikan bahawa hak-hak anda terus dilindungi.

Nantikan, pengongsian untuk selami topik-topik ini dan banyak lagi. Bersama-sama, mari kita memperkasakan diri dengan pengetahuan untuk memastikan hak-hak kita dilindungi dan ditegakkan.

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #CollectiveAgreement #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my