Artikel 7: Cuti untuk Urusan Kesatuan
Artikel 7: Cuti untuk Urusan Kesatuan
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Kali ini, kita lihat Artikel 7 CA ke-19 berkenaan hak pekerja, seorang ahli Kesatuan serta pegawai kesatuan diberi cuti bergaji bagi urusan kesatuan.
Cuti untuk Pegawai Kesatuan
Seorang pekerja yang merupakan pegawai kesatuan mesti perlu menjalankan tanggungjawap dia, perlu memohon cuti secara bertulis kepada Bank, menyatakan tempoh dan tujuan cuti tersebut. Bank hendaklah meluluskan permohonan cuti yang diperlukan bagi tujuan dan tempoh yang dimohon
Cuti dengan Gaji untuk Urusan Industri
Sehingga tujuh (7) pekerja atau pegawai kesatuan berhak untuk cuti bergaji pada suatu masa untuk tugas di dalam industri kita.
Cuti dengan Gaji untuk Kursus atau Persidangan Kesatuan
Bank boleh memberikan cuti dengan gaji penuh kepada pekerjanya untuk menghadiri kursus atau persidangan kesatuan dengan syarat:
Cuti tersebut tidak melebihi enam bulan untuk kursus kesatuan atau satu minggu untuk persidangan kesatuan.
Bilangan pekerja yang menghadiri kursus atau persidangan tersebut tidak lebih daripada seorang dari setiap Jabatan Ibu Pejabat atau tidak lebih daripada seorang dari setiap Cawangan Bank, tertakluk kepada maksimum lima (5) dari setiap Bank.
Permohonan cuti tersebut hendaklah disokong oleh surat dari Ibu Pejabat Kesatuan.
Kenapa Ini Penting?
Artikel ini penting kerana ia memastikan pekerja boleh menjalankan tugas kesatuan mereka tanpa dengan efektif tanpa kehilangan manfaat dan gaj mereka.
Ini membantu dalam mengukuhkan peranan kesatuan dan memastikan bahawa suara pekerja diwakili dengan adil tanpa sebarang kebimbangan.
Dengan memahami peruntukan ini, anda akan lebih bersedia untuk menguruskan masa anda dan memastikan bahawa hak-hak anda sebagai ahli kesatuan dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri
"Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel7 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now