22 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Artikel 14: Pekerja Sementara 

Artikel 14: Pekerja Sementara 

Kefahaman CA: Know Your Rights! 

Post kali ini, kita lihat Artikel 14, Perjanjian Kolektif ke-19 berkenaan Pekerja Sementara. Artikel ini penting kerana ia menggariskan keadaan-keadaan di mana pihak bank boleh menggajikan pekerja sementara untuk membantu kita, pekerja tetap. Ia juga menjelaskan hak-hak pekerja tempatan ini.

Pelantikan Pekerja Sementara 

Bank-bank boleh melantik pekerja sementara dalam keadaan LUAR BIASA, apabila peningkatan jumlah kerja secara mendadak ATAU pekerja tetap sakit berpanjangan ATAU bercuti salin, bercuti tanpa gaji, ATAU penyusunan semula cawangan atau projek baru.

Tempoh pekerjaan sementara ini tidak boleh melebihi enam (6) bulan.

Sekiranya keperluan untuk meneruskan pekerjaan melebihi enam (6) bulan, Kesatuan hendaklah dirundingkan. 

Gaji Pekerja Sementara 

Bank hendaklah membayar setiap pekerja sementara yang diupah dalam kategori Financial Services Enabler 1, Financial Services Enabler 2, atau Financial Services Enabler 3 gaji bulanan seperti yang ditetapkan dalam Struktur Gaji mengikut Lampiran 1.

Peruntukan Lain yang Terpakai 

Hanya peruntukan berikut daripada Perjanjian Kolektif yang akan terpakai kepada pekerja sementara:

 Artikel 15 - Pemindahan ;

 Artikel 21 - Elaun ;

 Artikel 24(1)(a) - Faedah Perubatan (Rawatan Pesakit Luar untuk pekerja sahaja) ;

 Artikel 26 - Hari Rehat ;

 Artikel 26A - Hari Rehat Tambahan pada Sabtu Setiap Bulan ;

 Artikel 27 - Waktu Bekerja ;

 Artikel 28 - Cuti Umum ;

 Artikel 30 - Cuti Sakit ;

Artikel 31 - Cuti Khas ;

Artikel 33 - Tafsiran ;

Artikel 35 - Kecederaan Pekerjaan 

Bentuk Pekerjaan Lain 

Selain daripada pekerja tetap, sementara, atau sambilan, SEMUA bentuk pekerjaan lain (termasuk PENYUMBERLUARAN KERJA kita atau lebih dikenali sebagai "outsourcing" ) perludi dirundingkan terlebih dahulu dengan Kesatuan sebelum pelaksanaannya demi sekuriti pekerjaan kita.

~~~~~~~~~~

Kenapa Ini Penting? 

Memahami peruntukan dalam Artikel 14 ini penting untuk memastikan kita berhak untuk meminta majikan menyediakan pekerja sementara untuk membantu kita. Pekerja sementara itu pun mempunyai hak-hak yang tertera di dalam Perjanjian Kolektif kita . Ini termasuk hak untuk mendapat gaji yang adil dan faedah-faedah lain yang dinyatakan dalam Perjanjian Kolektif.

Dengan memahami peruntukan ini, kita tidak perlu stress di tempak kerja jika ada situasi lambakan kerja ATAU rakan-rakan di pejabat tidak hadir bagi jangkamasa yang lama. Pada masa yang sama pekerjaan pekerja sementara turut dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!" 

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel14 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #PekerjaSementara

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my