Artikel 17: Kecekapan dan Disiplin
Artikel 17: Kecekapan dan Disiplin
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Hari ini kita lihat Artikel 17, Perjanjian Kolektif ke-19 iaitu kecekapan dan disiplin.
Tindakan Disiplin oleh Bank
Bank boleh mengambil tindakan disiplin dalam kes ketidakcekapan, salah laku, salah laku serius atau indisiplin seperti berikut:
(a) Ketidakcekapan - Jika Bank menganggap seorang pekerja itu gagal melaksanakan tugasnya dengan cekap, Bank itu boleh mengeluarkan surat amaran bertulis kepada pekerja itu selepas siasatan. Selepas tiga (3) surat amaran bertulis dikeluarkan, setiap tiga (3) bulan dalam dua (2) tahun, Bank berhak untuk menamatkan perkhidmatan pekerja berkenaan atau menahan sebarang kenaikan gaji yang layak diterima oleh pekerja.
(b) Salah Laku, Salah Laku Serius atau Indisiplin (tiada displin) - Bergantung kepada keseriusan salah laku atau indisiplin, Bank boleh:
(i) Memberi kaunseling kepada pekerja,
(ii) Memberi amaran bertulis kepada pekerja,
(iii) Menangguhkan kenaikan gaji untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan,
(iv) Memberhentikan kenaikan gaji yang layak diterima untuk tempoh tidak melebihi dua (2) tahun,
(v) Menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis satu (1) bulan atau bayaran sebagai ganti
(vi) Memecat pekerja secara serta-merta
NUBE menyarankan setiap ahli untuk menjaga displin di tempat kerja.
(2) Siasatan (Inquiry)
(a) Sebelum sebarang tindakan disiplin diambil, pekerja berkenaan hendaklah diberi peluang untuk didengar secara lisan atau bertulis selaras dengan prinsip keadilan semula jadi (Principal of Natural Justice). Apabila siasatan lisan diadakan, Bank hendaklah memaklumkan kepada pekerja dan NUBE tujuh (7) hari sebelum siasatan dan pekerja boleh, jika dia mahu, ditemani oleh sehingga dua (2) wakil NUBE yang bekerja dengan Bank yang sama dan berada dalam skop Perjanjian Kolektif ini untuk membantu dalam siasatan. Keputusan Bank hendaklah dimaklumkan kepada pekerja secara bertulis.
(b) Jika siasatan diadakan di tempat yang lain, bukan di tempat kerja pekerja yang perlu hadir untuk siasatan, kos pengangkutan dan perbelanjaan bagi pekerja, saksi serta wakil NUBEnya untuk hadir ke siasatan itu akan ditanggung oleh Bank. Sebaliknya, jika perubahan tempat siasatan itu dimohon oleh pekerja pula, Bank tidak perlu membuat sebarang bayaran.
(c) Nota siasatan bertulis bagi Siasatan yang telah dilakukan hendaklah diberikan kepada pekerja berkenaan pada akhir siasatan, setiap hari. Walau bagaimanapun, jika pekerja enggan menandatangani Nota Siasatan, maka ia tidak perlu diberikan.
Hak untuk Merayu
Pekerja yang dikenakan sebarang bentuk hukuman disiplin sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel ini mempunyai hak untuk merayu kepada pihak berkuasa Bank yang sesuai dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh notifikasi secara peribadi, atau tiga puluh (30) hari dari tarikh pengeposan.
Prosedur Aduan di Bawah Artikel 4(2)
Apabila tindakan diambil oleh Bank terhadap pekerja di bawah Artikel ini, selain pemecatan, pekerja tidak boleh menggunakan Prosedur Aduan di bawah Artikel 4(2).
~~~~~
Kenapa Ini Penting?
Artikel 17 ini penting untuk kita memahami proses tindakan disiplin, jika ianya digunapakai terhadap kita atau ahli NUBE yang lain kerana tidak cekap atau tidak berdisiplin.
Kita perlu ketahui hak-hak dan proses disiplin ini , termasuk hak untuk didengar, hak membuat merayu, dan perlindungan terhadap tindakan disiplin yang tidak adil, bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga ahli NUBE yang lain.
Dengan memahami peruntukan ini, kita akan lebih bersedia untuk menangani perkara-perkara yang berkaitan tindakan disiplin di tempat kerja dan memastikan hak-hak kita sebagai pekerja dilindungi.
Ikuti Facebook kita untk maklumat lebih lanjut berkenaan "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel17 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #Disiplin
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now