Artikel 19: Kadar Gaji
Artikel 19: Kadar Gaji
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Hari ini, kita membincangkan Artikel 19, Perjanjian Kolektif ke-19 yang melibatkan kadar gaji.
Gaji Bulanan
Bank hendaklah membayar setiap pekerja gaji bulanan.
Struktur Gaji
Bermula dari 1 Januari 2021, struktur gaji bagi:
Financial Services Enabler 1,
Financial Services Enabler 2,
Financial Services Enabler 3
pekerja adalah seperti yang ditetapkan dalam STRUKTUR GAJI, mengikut Lampiran I.
Penyelarasan Gaji
(a) Penyelarasan gaji adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran II.
(b) Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM600.00 telah dimasukkan ke dalam Gaji Pokok selepas pelarasan gaji dan kenaikan tahunan pada 1 Januari 2021, mengikut formula berikut:
Gaji Pokok pada 31 Disember 2020 + Pelarasan Gaji + Kenaikan Tahunan = Gaji Pokok Baru pada 1 Januari 2021 + COLA
(c) Bagi pekerja yang menyertai pada atau selepas 1 Januari 2021, pengiraan untuk memasukkan COLA tidak termasuk Pelarasan Gaji, tetapi akan gunakan pakai gaji baru dalam CA Ke-19.
Sistem Imbuhan Berkaitan Prestasi (PRRS)
PRRS adalah sistem imbuhan baru yang menghubungkan gaji dengan prestasi. PRRS akan diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Bank ahli hanya selepas memasuki perjanjian dua hala yang akan menjadi perjanjian tambahan kepada perjanjian ini. Perjanjian tambahan tersebut akan diserahkan kepada Mahkamah Perusahaan untuk pengesahan. Sekiranya Kesatuan tidak bersetuju dengan penukaran kepada PRRS di Bank ahli tertentu, ketidaksetujuan tersebut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tetap yang ditubuhkan di bawah Artikel 4(4).
Gaji Minimum dan Maksimum
Gaji minimum dan maksimum untuk kedua-dua sistem adalah sama.
Struktur Gaji Konvensional
Bank yang memilih untuk kekal dalam struktur gaji konvensional dibenarkan untuk berbuat demikian.
~~~~~~~~~
Kenapa Ini Penting?
Artikel ini penting kerana ia menjelaskan penyelarasan dan struktur gaji serta sistem imbuhan berkaitan prestasi untuk pekerja, yang perlu dibincang oleh kedua-dua pihak.
Ini memastikan bahawa kita mengetahui struktur gaji dan sistem imbuhan yang berkaitan dengan prestasi di tempat kerja anda, jika dipersetuju antara Kesatuan kita - NUBE dan bank kita kerja. Ini termasuk hak untuk menerima gaji yang adil dan jelas, serta memahami bagaimana COLA dimasukkan ke dalam gaji pokok anda.
Pemahaman Artikel ini, kita faham hak kita dan bahawa penilaian prestasi perlu dipersetujui.
Sila ikuti maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel19 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #KadarGaji
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now