LAWATAN KERJA DI ZON 3 - NUBE NR PKP
Butterworth,Pulau Pinang 1 Julai 2024 : Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan bersama ahli- ahli Kesatuan, Ahli Jawatankuasa NUBE Cawangan Wilayah Utara PKP telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di sekitar Butterworth iaitu Affin Bank Taman Selat , Bank Islam Taman Selat , Public Bank Taman Selat dan juga CIMB Bank Taman Selat.
Sempena kunjungan itu, Sdr Abdul Ghani Abu Bakar, Ahli Jawatankuasa Cawangan PKP disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Faizal Idris dan Sdr Zulkifli Hassan, telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan berbincang tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli.
Para ahli juga dinasihatkan senantiasa peka, merancang dan memantau berkenaan isu-isu berbangkit yang dihadapi di tempat kerja masing-masing supaya kepimpinan NUBE NR PKP dapat memberi khidmat nasihat yang sewajarnya. Di sampling itu, IRCs telah juga diminta untuk memaklumkan kepada Nube sebarang perubahan yang berlaku di Cawangan Bank masing-masing
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now