Artikel 20: Bonus
Artikel 20: Bonus
Kefahaman CA: Know Your Rights!
Dalam post kali ini, kita akan membincangkan Artikel 20, Perjanjian Kolektif ke-19 yang menetapkan pembayaran bonus tahunan kepada kita.
Bonus Tahunan
Setiap pekerja yang masih dalam perkhidmatan pada 31 Disember sesuatu tahun, dan telah disahkan pekerjaannya berhak menerima bonus tahunan bersamaan dengan dua kali gaji pokok (tidak termasuk elaun) yang perlu dibayar untuk selewat-lewatnya pada 15 Disember setiap tahun.
Kelayakan Bonus Pro-rata
Jika seorang pekerja yang telah disahkan pekerjaanya kurang daripada 12 bulan pada 31 Disember dalam tahun tertentu, dia berhak menerima jumlah bonus yang pro-rata.
Pekerja Percubaan
Pekerja yang masih dalam percubaan pada 31 Disember akan dibayar jumlah pro-rata untuk tahun tersebut hanya apabila dia disahkan dalam pelantikannya.
Bonus Pro-rata untuk Pekerja yang Berhenti
Bonus pro-rata akan dibayar kepada pekerja yang meletak jawatan dalam tahun tersebut selepas disahkan. Namun, pekerja tidak layak menerima bonus pro-rata dalam keadaan berikut:
(a) Jika dia meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan Bank tanpa memberikan notis bertulis yang sewajarnya atau pampasan sebagai ganti di bawah Artikel 18; atau
(b) Jika dia meletak jawatan dalam keadaan yang melibatkan salah laku serius (termasuk penipuan, pecah amanah atau ketidakjujuran) atau kecuaian berat, atau jika dia diberhentikan atau dipecat dalam keadaan yang sama.
Namun, jika pekerja dibenarkan oleh Bank untuk mengambil Cuti Tahunan sebagai ganti tempoh notis, dia tidak akan hilang kelayakan untuk menerima bonus pro-rata di bawah sub-klausa ini.
Bonus tersebut berdasarkan gaji pokok terakhir yang diterima (tidak termasuk elaun) hendaklah dibayar kepada pekerja yang layak pada masa dia meninggalkan perkhidmatan Bank.
Bonus untuk Pekerja yang Bersara atau Berhenti Kerana Kesihatan atau Meninggal Dunia
Pekerja yang bersara atau diberhentikan atas sebab kesihatan atau kecacatan, atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dalam tahun tersebut juga berhak menerima pembayaran bonus pro-rata.
Pembayaran Lebih daripada Bonus Tahunan
Walau apa pun Klausa (1) Artikel ini, Bank boleh, atas budi bicara mutlaknya, membuat sebarang pembayaran yang melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Klausa (1) dalam mana-mana tahun tertentu.
~~~~~~~~~
Kenapa Ini Penting?
Memahami peruntukan dalam Artikel 20 adalah penting kerana ia memastikan pembayaran bonus kontraktual kita, memahami syarat dan kelayakan penerimaan bonus kontraktual.
Ini termasuk syarat-syarat untuk kelayakan gaji bulan ke-13 dan ke-14 serta bagaimana bonus pro-rata dikira untuk pekerja yang berhenti, bersara, atau meninggal dunia.
Dengan memahami peruntukan ini, kita mampu merancang kewangan untuk berdepan dengan kos tujung tahun dan buat persediaan bagi tahun akan datang.
Sila ikuti Facebook NUBE untuk maklumat lanjut mengenai hak kita dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel20 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #Bonus
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now