11 Jul 2024

BERITA NUBE

 

Artikel 22: Pendahuluan, Kefahaman CA: Know Your Rights!

Artikel 22: Pendahuluan

Kefahaman CA: Know Your Rights!

Kali ini, kita akan membincangkan Artikel 22, Perjanjian Kolektif ke-19 berkenaan jenis-jenis pinjaman pendahuluan untuk pekerja.

~~~~~~~~~~~

Pinjaman Perumahan Staf

Setiap ahli NUBE, samada dia berkahwin dengan pasangan yang berkerja di dalam Bank yang sama atau, lain, layak untuk pinjaman perumahan seperti berikut:

(a) Jumlah pinjaman yang dimohon, selagi jumlah bayaran balik bulanan tidak melebihi 75% daripada gaji bulanan kita. Juga, tempoh pembayaran balik tidak boleh melebihi 35 tahun atau tempoh sehingga umur persaraan, mana yang lebih awal.

(b) Pinjaman di atas akan diberikan tertakluk kepada terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh Bank.

(c) Kadar Faedah 0% untuk Pinjaman Perumahan Staf

(i) Pinjaman Perumahan Staf akan dikenakan kadar faedah 0% untuk RM300,000 pertama (termasuk pinjaman tertunggak sedia ada sehingga RM300,000). Kadar faedah untuk baki pinjaman di atas RM300,000 akan ditentukan oleh setiap bank.

(ii) Kadar faedah 0% akan berkuat kuasa tidak lewat daripada 12.8.2023.

(iii) Kadar faedah 0% tidak terpakai untuk sebarang pinjaman tambahan atau pinjaman seterusnya.

Contoh:

Kita sudah mempunyai Pinjaman Perumahan Staf sedia ada sebanyak RM220,000 pada tarikh penandatanganan Perjanjian Kolektif ini dan Bank kemudiannya meluluskan jumlah pinjaman tambahan sebanyak RM100,000 untuk pembelian rumah kedua. Jadi jumlah pinjaman menjadi RM320,000 tapi kita hanya akan menikmati pinjaman pada faedah 0%, berdasarkan pinjaman tertunggak pertama iaitu RM220,000 dan bukannya RM300,000 daripada jumlah pinjaman keseluruhan iaitu - RM320,000.

Contoh Kedua - Bila kita sebagai pekerja tidak capai kriteria pinjaman Perumahan Staf, jadi kita mengambil loan daripada Bank lain, pada kadar komesial sebanyak RM200,000.00 dahulu. Selepas beberapa tahun, kita memenuhi semua kriteria untuk Pinjaman Perumahan Staf sebanyak RM150,000 dan apabila Pinjaman Perumahan Staf sebanyak RM150,000 diluluskan, dia akan menikmati kadar faedah 0% untuk jumlah pinjaman yang diluluskan sebanyak RM150,000 dari Bank di mana kita berkerja kerana ini adalah permohonan pertama Pinjaman Perumahan Staf kita

~~~~~~~~~~~

Pinjaman Kenderaan

Pekerja layak untuk pinjaman kenderaan mengikut terma sedia ada di setiap Bank.

~~~~~~~~~~~

Pinjaman Pelbagai

Pekerja layak untuk pinjaman pelbagai mengikut terma sedia ada di setiap Bank.

~~~~~~~~~~~

Kenapa Ini Penting?

Artikel ini penting kerana ia menetapkan syarat dan kelayakan untuk pinjaman perumahan, kenderaan, dan pinjaman lain dan kita dan kita perlu faham hak-hak kita ini.

Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #Artikel22 #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment #Pendahuluan

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my