17 Jul 2024

BERITA NUBE

 

STRESS....STREEEESSSSS‼️ boleh mempengaruhi minda dan tubuh kita

STRESS....STREEEESSSSS!! boleh mempengaruhi minda dan tubuh kita Stres kronik boleh membawa kepada masalah seperti kebimbangan, kemurungan, dan juga masalah kesihatan fizikal seperti penyakit jantung.

 Mari kita fahami lebih lanjut tentang tanda-tanda biasa seseorang yang mengalami stres kronik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tenang & Terang dengan NUBE: Memahami Stres dan Kesannya

Apakah Tanda-Tanda Biasa Seseorang Mengalami Stres Kronik?

Masalah Tidur

Kesukaran untuk tidur atau kerap terjaga pada waktu malam.

Kepenatan yang Berpanjangan

Rasa letih dan lesu walaupun selepas berehat.

Perubahan Selera Makan

Hilang selera makan atau makan berlebihan sebagai cara mengatasi stres.

Kesukaran untuk Fokus

Sukar untuk menumpukan perhatian atau membuat keputusan.

Emosi Tidak Stabil

Rasa cemas, mudah marah, atau sedih tanpa sebab yang jelas.

Masalah Kesihatan Fizikal

Sakit kepala, sakit perut, atau masalah kesihatan lain yang tiada punca jelas.

Pengasingan Sosial

Menarik diri daripada aktiviti sosial atau merasa tidak ingin berinteraksi dengan orang lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Stres adalah bahagian normal dalam kehidupan, tetapi apabila ia menjadi kronik, ia boleh memberi kesan yang serius kepada kesejahteraan kita.  Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami tanda-tanda ini, penting untuk mencari sokongan dan cara untuk menguruskan stres dengan berkesan.

NUBE yang senantiasa prihatin dengan kesihatan dan kebajikan kita bersama, kini telah menyediakan PERKHIDMATAN KAUNSELING PERCUMA untuk membantu kita.

Sila emel kepada: counselling@nube.org.my untuk membuat temujanji.

KESIHATAN MENTAL KITA ADALAH PENTING.

Jom! sama-sama menjaga kesejahteraan mental dan fizikal kita!

#TenangTerangNUBE #KesihatanMental #Kesejahteraan #Sokongan #Komuniti #AndaTidakBersendirian #NUBEPrihatin

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my