LAPORAN PIKET NUBE KLSP!
LAPORAN PIKET NUBE KLSP!
Tarikh: Isnin, 29 Julai 2024
Masa: 5pm - 6pm
Lokasi: Standard Chartered Bank, Kota Damansara
Cawangan NUBE KLSP telah mengadakan piket di hadapan Standard Chartered Bank, Kota Damansara dari jam 5pm hingga 6pm. Suasana penuh semangat dan solidariti di kalangan ahli-ahli NUBE memberikan kekuatan kepada perjuangan kita!
SOKONGAN DAN SEMANGAT JUANG
Piket kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada ahli-ahli NUBE dan orang awam. Pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan, manakala risalah kami diedarkan kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan kami.
KENAPA KAMI BERPIKET?
Menentang Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran Yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Menghargai Sumbangan Pekerja
Melawan Budaya Ketakutan
BANGKIT! MARA KE DEPAN! LAWAN BALIK!
Piket hari ini membuktikan bahawa kita tidak akan berundur sehingga keadilan diperoleh untuk semua pekerja bank. Bersama-sama, kita akan terus melawan ketidakadilan dan memperjuangkan hak kita.
Jangan ketinggalan! Sertai kami dalam perjuangan ini. Bersama kita kuat!
Saksikan gambar-gambar penuh semangat di bawah dan kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now