LAPORAN PIKET NUBE PRK!
LAPORAN PIKET NUBE PRK!
Tarikh: Selasa, 30 Julai 2024
Masa: 5pm - 6pm
Lokasi: HSBC, Ipoh
Semalam, cawangan NUBE PRK telah mengadakan piket yang penuh semangat di hadapan HSBC, Ipoh dari jam 5pm hingga 6pm. Semangat juang dan solidariti di kalangan ahli-ahli NUBE begitu membara dan memberi inspirasi kepada semua yang hadir!
SEMANGAT BERGEMA DI IPOH
Piket kali ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang awam. Pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan, sementara risalah kami diedarkan kepada ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan kami.
MENGAPA KAMI BERPIKET?
Menentang Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran Yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Menghargai Sumbangan Pekerja
Melawan Budaya Ketakutan
TERUS MAJU! LAWAN UNTUK HAK KITA!
Piket ini adalah bukti bahawa kita tidak akan berundur sehingga keadilan diperoleh untuk semua pekerja bank. Mari kita terus berjuang bersama-sama untuk menentang ketidakadilan dan menegakkan hak kita.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Saksikan gambar-gambar semangat kami di bawah dan jangan lupa untuk kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now