LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
LAPORAN PIKET NUBE SMJ!
Tarikh: Rabu, 31 Julai 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: Public Bank, Jalan Laksamana, Bandar Hilir, Melaka
Semalam, cawangan NUBE SMJ telah mengadakan piket di hadapan Public Bank, Jalan Laksamana, Bandar Hilir, Melaka dari jam 5pm hingga 6pm. Suasana di lokasi piket sangat meriah dengan semangat juang yang tinggi daripada ahli-ahli NUBE!
SEMANGAT BERGEMA DI BANDAR HILIR
Piket kali ini mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli NUBE serta sokongan padu dari orang awam. Pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan mereka, manakala risalah kami diedarkan kepada ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang perjuangan kami.
MENGAPA KAMI BERPIKET?
Menentang Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran Yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Menghargai Sumbangan Pekerja
Menentang Budaya Ketakutan
TERUS MAJU! LAWAN UNTUK HAK KITA!
Piket ini adalah bukti bahawa kita tidak akan berundur sehingga keadilan diperoleh untuk semua pekerja bank. Mari kita terus berjuang bersama-sama untuk menentang ketidakadilan dan menegakkan hak kita.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Saksikan gambar-gambar semangat kami di bawah dan jangan lupa untuk kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now