LAPORAN PIKET NUBE PKP!
LAPORAN PIKET NUBE PKP!
Tarikh: Isnin, 6 Ogos 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: Hong Leong Bank, Light Street, Pulau Pinang
Semalam, NUBE PKP telah berjaya mengadakan piket di hadapan Hong Leong Bank, Light Street, Pulau Pinang dari jam 6pm hingga 7pm. Dengan semangat yang tinggi dan kesatuan yang teguh, ahli-ahli NUBE berdiri kukuh menuntut hak-hak mereka tanpa gentar!
KEBANGKITAN DI LIGHT STREET
Di tengah-tengah Light Street, suasana menjadi semakin hangat dengan sokongan padu daripada ahli-ahli NUBE dan orang awam yang bersama-sama menuntut keadilan. Suara kita semakin kuat dan jelas—menandakan kebangkitan pekerja bank dalam menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik kita.
KENAPA KITA TERUS BERJUANG?
Melawan Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Mengiktiraf Sumbangan Pekerja
Menentang Budaya Ketakutan
LAWAN SAMPAI MENANG! PERJUANGAN KITA MASIH JAUH!
Piket ini membuktikan bahawa kita tidak akan berhenti sehingga setiap pekerja bank mendapat keadilan yang sewajarnya. Bersama-sama, kita akan terus melangkah maju, memastikan hak kita dihormati dan keadilan ditegakkan.
Sertai kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Saksikan momen-momen penting dari piket ini dan kongsikan dengan rakan-rakan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now