16 Aug 2024

BERITA NUBE

 

Kenapa Maybank Berdiam Diri?

Bayangkan isteri/anak/adik perempuan anda menerima mesej-mesej menjijikkan daripada boss dia.. mesej yang buat hati panas...

Inilah yang berlaku di Maybank Bercham! En. Rosman Jamaluddin telah menghantar mesej-mesej yang tidak senonoh kepada seorang wanita NUBE di bawah seliaannya, dan TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL, dan dia masih kekal sebagai penyelia mangsa!

Kenapa Maybank, di bawah pimpinan CEO Datuk Khairussaleh Ramli, tidak mengambil tindakan?

Kenapa lelaki durjana ini masih kekal menjadi penyelia kepada mangsa?

Wahai ibu bapa, apa perasaan anda jika anak perempuan anda berada dalam situasi ini? Adakah anda akan berdiam diri?

Ini benar-benar tidak boleh diterima! Kami menuntut jawapan. NUBE tidak akan berdiam diri melihat ketidakadilan ini berlaku kepada seorang wanita NUBE! Semua ahli, bersatu dalam perjuangan ini! Kami menuntut keadilan SEKARANG

#MaybankGagal #KeadilanUntukMangsa #HentikanGangguanSeksual #NUBE #TuntutKeadilan

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my