NUBE SMJ BERGEMA DI BATU PAHAT!
Semalam, pada 30 Ogos, antara jam 5:30 petang hingga 6:30 petang, NUBE SMJ sekali lagi berdiri teguh di hadapan Maybank, Jln Rahmat, Batu Pahat!
Mengapa Kami Piket?
Kami menuntut keadilan untuk semua pekerja bank yang terus ditindas dan diperlakukan dengan tidak adil. Maybank terus gagal melindungi pekerja mereka, khususnya kes gangguan seksual yang menjijikkan di cawangan-cawangan mereka.
Enough is Enough! Maybank mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka yang menghancurkan integriti dan maruah pekerja! Kami tidak akan berdiam diri apabila rakan-rakan sekerja kami dizalimi!
Solidariti kami adalah senjata terkuat! Terima kasih kepada semua ahli NUBE yang hadir dan terus menyuarakan ketidakadilan. Bersama, kita mampu mengubah segalanya!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now