Laporan Piket NUBE KLSP di Setapak, KL!
Semalam, Isnin 2 September, antara 6pm - 7pm, ahli-ahli NUBE KLSP berdiri teguh di hadapan Maybank Setapak, KL untuk menuntut hak-hak pekerja yang terus dinafikan! Piket ini diadakan sebagai tindak balas terhadap pelbagai isu serius, termasuk racisme, gangguan seksual, dan percubaan CEO untuk memecahkan kesatuan pekerja.
Maybank terus menunjukkan sikap tidak adil terhadap pekerja, menindas dan mengabaikan mereka yang berani bersuara. Ini adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima!
Kami akan terus berjuang sehingga hak dan maruah setiap pekerja dihormati!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now