Presiden/Setiausaha Agung & Ahli-ahli EXCO, Kesatuan-Kesatuan Gabungan
Sdr/Sdri, Salam Sejahtera dari Pejabat Setiausaha Agung,
Dalam melaksanakan peranan saya sebagai Setiausaha Agung TUC, sokongan dan kerjasama anda adalah sangat penting bagi saya untuk berjaya dalam melaksanakan tugas-tugas saya supaya dapat berkhidmat untuk kesatuan anda, pekerja-pekerja di negara ini dan TUC.
Banyak faktor yang membebankan warga Pekerja hari ini, kos kehidupan yang semakin meningkat dan pengurangan dalam tangga gaji yang berpatutan. Pergerakan Kesatuan sekerja terus dicabar dengan ancaman pemecah-belahan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Undang-undang yang tidak mantap untuk melindungi kesatuan – ahli-ahli serta Pemimpin. Keselamatan sosial dan keadilan sosial seolah-olah satu ideal yang jauh. Sistem kehidupan yang kita lalui sekarang ini memerlukan banyak penambahbaikan. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah pekerja dengan hanya berdasarkan penyelesaian yang kita ada hari ini ataupun yang telah digunakan pada masa lalu. Kita memerlukan pendekatan yang baru, cara berfikir yang baru, dan kehendak politik untuk berubah demi kepentingan semua.
Terlalu banyak yang perlu dilakukan dan masa untuk melakukannya itu adalah sekarang. Kami perlu memberi tumpuan kepada:
1. Keupayaan Menganjur; kita harus mendekatkan diri kita kepada lebih ramai pekerja, menetapkan sasaran yang agresif untuk menjadikan peratusan tenaga kerja yang berkesatuan lebih tinggi kerana kita memerlukan kekuatan dalam bilangan yang berkesatuan. Kita juga perlu mengukuhkan TUC Bahagian, untuk mendekati dari setiap sudut dalam negara bagi menyediakan perkhidmatan untuk semua.
2. Membangunkan pendidikan dan penyelidikan; pelajar / pekerja perlu memahami bagaimana sistem negara ini berfungsi. Mereka perlu melihat manfaat bertindak secara kolektif melalui kesatuan sekerja untuk menjadi lebih bersedia dalam dunia pekerjaan. Kita juga akan dapat membentangkan hujah-hujah kita dengan sokongan data, fakta dan pandangan yang lebih baik.
3. Dialog yang membina dan kritikan, termasuk dalam TUC dan masyarakat Malaysia. Kita perlu tekun bekerja dengan lebih efektif, mara ke depan, melangkaui sempadan untuk memperbaiki keadaan – barulah kita akan dapat melihat manfaat Pusat Buruh yang mantap.
Saya percaya setiap seorang daripada kita di TUC mempunyai niat yang ikhlas untuk mewujudkan pergerakan Buruh yang progresif dan kita yang bertanggungjawab untuk mengambil seberapa banyak pendekatan berbeza yang diperlukan untuk mencapainya. Kita mesti bekerjasama dan sama-sama bekerja keras untuk melihat hasil kerja kita.
Saya berharap warga pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia akan mencapai keadilan sosial dan ekonomi di masa depan dengan tahun 2017. Marilah kita menjadikan tahun 2017, tahun yang bermakna bagi warga pekerja.
Salam Perayaan dan Selamat Tahun Baru.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now