22 Dec 2016

BERITA GLOBAL

 

Seminar Kesatuan Sekerja anjuran AMESU/KOPERASI AMESU

All Malayan Estates Staff Union (AMESU) telah menganjurkan seminar “Pemahaman Perjanjian Kolektif ” selama dua (2) hari pada 19 – 20 Disember 2016 di Hotel Seri Malaysia Kulim Kedah.

Sdr R. Jey Kumar, Setiausaha Agung AMESU, juga Naib Presiden TUC Malaysia yang baru dipilih, menekankan kepentingan latihan kesatuan untuk ahli-ahli demi memupuk kesedaran mengenai hak-hak mereka dan cara-cara untuk menganjurkan warga perkerja supaya berkesatuan di dalam sesi yang dikendalikan oleh beliau.

Presiden AMESU pula telah mengendalikan sesi Faedah Hospital/Kelayakan Wad Hospital dan Penamatan Pekerjaan atas alasan perubatan. Bendahari Koperasi AMESU, Sdr Titus Gladwyn dan Sdr Mohd Jamil Abdullah telah menjelaskan berkenaan Koperasi dan manfaatnya kepada ahli-ahli.

Sesi Pegawai Pendidikan TUC, Sdr K Somasundram adalah berkenaan Perundingan Kolektif.

Sdr Mydin, Setiausaha Eksekutif Kesatuan PBA, Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis Am TUC turut hadir untuk memberi sokongan moral.

Setiausaha Agung TUC, Sdr J Solomon telah dijemput untuk sesi Penggulungan Seminar dan Penyampaian Sijil kepada peserta. Dalam ucapan penutup beliau, Sdr J Solomon memuji Kepimpinan AMESU atas komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada ahli.

Beliau juga menegaskan bahawa Pemimpin-Pemimpin Kesatuan perlu memberi perhatian segera kepada pelbagai cabaran dan perjuangan harian yang di hadapi oleh pekerja untuk menyara kehidupan mereka dan menyediakan keperluan asas untuk keluarga mereka di negara ini.

“Oleh itu, menggalakkan perpaduan di kalangan pekerja dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan TUC Malaysia pastinya akan membawa persekitaran yang lebih baik untuk pekerja di negara ini,” kata J Solomon.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my