Ribuan Ahli NUBE Masih Menunggu Bantuan Perayaan – Mana Janji FA?!
Deepavali semakin dekat, tapi ribuan ahli NUBE masih TERGANTUNG tanpa bayaran penuh FA. Bank hanya bayar 50%, biarpun perjanjian telah ditandatangani. Mana janji mereka? Mana tindakan tegas Menteri?
Pekerja bank, terutama golongan B40 & M40, sedang bergelut untuk menyediakan keperluan perayaan—semua ini berlaku kerana KEGAGALAN Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim, yang lebih sibuk memihak kepada bank!
Cukup-cukuplah! Perjanjian FA bukan sekadar kertas—ini tentang kepercayaan dan maruah. Kalau pekerja langgar peraturan, dihukum tanpa belas! Tapi bila bank melanggar janji, mereka boleh lepas tanpa apa-apa kesan? Ini BUKAN KEADILAN!
Kami tuntut bayaran FA penuh segera! Bank dan menteri harus bertanggungjawab atas pengkhianatan ini!
Ahli NUBE berdiri teguh—kami akan terus berjuang hingga hak kami ditegakkan!
#BankTakIkhlas #StevenSimKenaJawab #PengkhianatanFA #StevenSimTakIkhlas #HakPekerjaHakKami #UnionPower #StevenSimMustAnswer #FestiveAidNow #JusticeForWorkers
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now