Christine Loo, seorang eksekutif di Maybank Jelapang
Christine Loo, seorang eksekutif di Maybank Jelapang, terus menghina ahli NUBE dengan kata-kata rasis, walaupun selepas beberapa sesi kaunseling! Sejak April 2024, ahli NUBE kami telah mengalami tekanan emosi dan psikologiyang hebat. Pada 4 April, pengurus cawangan, Chan, dimaklumkan mengenai insiden ini. Tetapi apa yang dilakukan? TIADA tindakan tegas Maybank hanya mengarahkan kaunseling, namun kaunseling ini ternyata gagal mengubah tingkah laku Christine Loo, yang semakin angkuh dan berterusan menghina ahli NUBE kita.
Bagaimana sebuah GLC seperti Maybank boleh terus melindungi pekerja yang jelas terlibat dalam rasisme? Di manakah kesungguhan mereka dalam mematuhi polisi ESG (Environmental, Social, Governance) yang sering mereka banggakan? Maybank telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada pekerja. Walaupun pelaku berulang kali melakukan rasisme, tiada tindakan disiplin diambil.
Kami juga mahu bertanya kepada PNB, pemegang saham terbesar Maybank, di manakah peranan anda? Bagaimana anda boleh membiarkan pelanggaran ini berterusan tanpa sebarang hukuman? Keadilan untuk ahli NUBE bukan satu pilihan, ia adalah kewajipan! Kami tidak akan berhenti sehingga Christine Loo diambil tindakan!
Keadilan untuk ahli NUBE sekarang! Hentikan rasisme di tempat kerja!
#WeFightInjustice #MaybankFail #KeadilanUntukSemua #HentikanRasisme #JusticeForAll #EndRacism #WorkersRights
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now