14 Nov 2024

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA ZON 3, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG - NUBE PKP

13 Nov 2023, Seberang Jaya - Pegawai-pegawai NUBE PKP yang diwakili oleh Naib Pengerusi Cawangan Sdra Zainul, Setiausaha Kehormat Cawangan Sdri Siti Haryati, Bendahari Kehormat Cawangan Sdri Harinder Sonia, serta AJK Cawangan Sdri Marjaan, telah melakukan lawatan kerja ke beberapa cawangan bank sekitar Seberang Jaya.

Walaupun ditekan dengan pelbagai cabaran untuk melemahkan perpaduan NUBE, para ahli terus memperkukuh semangat solidariti dan utuh bersama. Mereka berganding bahu demi memperjuangkan hak bersama seperti diskriminasi, pengkhianatan, kenaikan gaji, perlindungan diri, kesaksamaan, kesihatan & keselamatan, serta keadilan di tempat kerja.

Mesyuarat Peringkat Cawangan (BLM) turut diadakan di RHB Bank Cawangan Raja Uda. Ahli-ahli dinasihatkan untuk sentiasa berhubung dengan Ketua Zon untuk sebarang maklumat terkini kesatuan atau khidmat nasihat pekerjaan, agar semangat kebersamaan terus kekal utuh.

Cawangan-cawangan bank di Seberang Jaya yang menyambut kehadiran Pegawai NUBE PKP dalam lawatan kerja ini termasuk:

MBSB Bank

Bank Muamalat

CIMB Bank

Hong Leong Bank

Public Bank

Maybank

Affin Bank

CIMB Bank Raja Uda

Maybank RAQM Jalan Bagan Luar

#wefightforjustice

#HidupNube

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my