MTUC Sokong Seruan NUBE Mansuhkan Fi RM1 Pengeluaran Tunai ATM
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang mewakili kira-kira 950,000 pekerja di seluruh negara, menyokong gesaan NUBE untuk memansuhkan fi RM1 pengeluaran tunai antara bank, menyifatkannya membebankan golongan berpendapatan rendah.
"Bagi seseorang berpendapatan rendah yang membuat lima pengeluaran sebulan, kosnya boleh mencecah RM60 setahun," kata Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor.
MTUC turut meluahkan kebimbangan terhadap jurang kekayaan dan pendapatan yang semakin ketara, sambil menegaskan fi seperti ini hanya menambah beban kepada rakyat berpendapatan rendah.
#HapusCajRM1 #KeadilanUntukRakyat #BNM #PayNet #NUBEMalaysia #EkonomiRakyat #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now