Kezaliman di Maybank Bercham!
NUBE menuntut agar Maybank, yang diterajui Khairussaleh dan Brian Jit Singh, segera memulihkan jawatan mangsa gangguan seksual!
Cukuplah menghukum mangsa! Selepas bertahun-tahun mengalami trauma, pemecatan ini sangat kejam, tidak berperikemanusiaan, dan memalukan! Di mana integriti dan dasar zero tolerance yang sering dilaungkan oleh Maybank?
Tindakan Maybank adalah penghinaan terhadap keadilan dan hak pekerja. Kami tidak akan berdiam diri—kami akan terus berjuang untuk mempertahankan hak mangsa!
STEVEN SIM, Menteri Sumber Manusia, dan semua pemegang saham, di mana tanggungjawab anda? Jika Malaysia Madani benar-benar prihatin terhadap keadilan, buktikan melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata kosong!
Ingat, doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.
#KeadilanUntukMangsa #MaybankBercham #HentikanKezaliman #SolidaritiPekerja #MalaysiaMadani #JusticeForTheVictim #StopTheInjustice #SolidarityForWorkers #SexualHarassment #ZeroTolerance
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now