Undang-Undang Buruh yang lebih adil bagi perlindungan Pekerja dan Kesatuan Sekerja
Secara umumnya, perkara-perkara yang berkaitan buruh di Malaysia dikawal oleh Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Undang-undang ini wujud dengan banyak kelemahan yang memberi kesan buruk kepada pekerja secara umum dan menyebabkan ketidakadilan yang parah.
Kesatuan-kesatuan sekerja di negara kita memainkan peranan yang penting untuk ekonomi negara dan dalam melindungi pekerja menentang ketidakadilan dan eksploitasi. Oleh itu; Undang-undang Buruh yang mempunyai kelemahan perlu dipinda bagi memperuntukkan Keadilan yang ketara untuk semua pihak. Contohnya:
1. Had RM 2, 000 untuk layak bagi perlindungan di bawah Akta Kerja 1955 mesti dimansuhkan dan faedah minimum yang termaktub dalamnya perlu dipertingkatkan;
2. Pengiktirafan dan pendaftaran kesatuan sekerja perlu dipermudahkan dan tempoh pemprosesan sehingga 6-bulan perlu dikurangkan untuk menampung keutamaan kesatuan;
3. Keperluan undi Secret, tempoh had Perjanjian Kolektif berkuatkuasa di bawah Seksyen 30 (7) dan had 24-bulan gaji kebelakangan apabila berjaya dalam kes pemecatan seperti di dalam Akta Perhubungan Perusahaan perlu dimansuhkan.
4. Tempoh penyelesaian pertikaian perusahaan dan pemecatan yang lebih pendek; kes pemecatan perlu dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan untuk penyelesaian.
Kesatuan Sekerja perlu disatu-padukan dan diperkukuhkan untuk mencapai penambahbaik di atas dalam Undang-undang Buruh. BARISAN MANTAP MTUC, apabila dipilih nanti ikrar untuk bekerja keras untuk penambahbaikan di atas.
Hidup MTUC – Hidup Pekerja
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now