24 Jan 2025

BERITA NUBE

 

“Tiada Sebab Untuk Caj RM1 Pengeluaran Antara Bank!” – Sarawak PH Ketua Sokong Kempen!

Ketua Pakatan Harapan Sarawak, YB Chong Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Stampin, mengecam caj RM1 pengeluaran antara bank di ATM sebagai tidak wajar dan membebankan, terutamanya apabila bank menikmati penjimatan kos besar hasil daripada automasi dan pendigitalan.

“Bank telah mengurangkan kos operasi dengan mengautomasi perkhidmatan dan mengecilkan tenaga kerja. Penjimatan ini sepatutnya digunakan untuk menyerap caj RM1 ini, bukannya terus membebankan rakyat,” kata Chong.

Beliau turut menegaskan bahawa 85% rakyat Malaysia, khususnya daripada kumpulan B40 dan M40, sudah pun bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, menjadikan caj ini satu beban tambahan kepada golongan yang paling terkesan.

“Tiada sebab rakyat perlu membayar untuk keuntungan melampau yang telah diraih oleh bank-bank ini,”katanya sambil menyatakan sokongan penuh terhadap kempen #HapusCajRM1.

Mari kita bersatu menuntut keadilan dan hapuskan caj yang tidak adil ini! Tandatangani petisyen kami untuk menamatkan caj RM1 pengeluaran antara bank dan desak perubahan sekarang!

Lawati laman kempen NUBE: https://www.nube.org.my/hapus_caj_rm_one

Tandatangani petisyen: https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #MPStampin #MPChongChiengJen

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my