27 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Kempen #HapusCajRM1 Terus Mendapat Sokongan di Aeon Mall Kota Bharu!

Pada hujung minggu lalu, Saudari Siti Khadijah Ya dan Saudari Mardiana A. Rahim @ Ibrahim, Ahli Jawatankuasa NUBE KT, telah turun padang di Aeon Mall Kota Bharu untuk meningkatkan kesedaran mengenai caj RM1 yang membebankan rakyat.

Seorang pengguna berkata, "Walaupun caj RM1 ini nampak kecil, impaknya besar, terutama bagi mereka yang kerap melakukan transaksi."

NUBE KT menyeru semua pihak, termasuk pekerja bank, untuk bersama-sama menyokong dan memperjuangkan kempen ini. Dengan kerjasama rakyat, matlamat 1 juta tandatangan untuk menghapuskan caj ini akan tercapai!

Jika anda nampak sukarelawan kami, tandatanganlah petisyen kami! Jangan lupa untuk menyokong dan kongsikan usaha ini kepada rakan dan keluarga. Bersama, kita mampu membawa perubahan!

Rakyat Bersatu, Keadilan Terpadu!

Ayuh, kita bangkit bersama! Tandatangani petisyen kami di https://www.change.org/HapusCajRM1 !

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TLDM

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my