28 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Kempen Tandatangan #HapusCajRM1 Gegar Bukit Mertajam & Seberang Jaya!

Kempen #HapusCajRM1 diteruskan dengan penuh semangat! Di Warung 9 Beradik, Tanah Liat, Sdr Shurki dan Sdr Zulkifli Hassan menemui penduduk tempatan, manakala Sdr Marjaan bergerak aktif di Lotus Bagan Ajam.

Sokongan luar biasa diterima daripada orang ramai yang terkesan oleh caj RM1 MEPS ini. Penduduk meluahkan pandangan mereka, antaranya seorang pekerja kampung yang berkata: "Saya sering keluarkan duit sikit-sikit. Caj RM1 ini menyusahkan, lebih-lebih lagi kalau ATM bank sendiri jauh. Usaha ini sangat baik untuk suara rakyat."

Di Lotus Bagan Ajam, lokasi tumpuan ramai, pengunjung pusat beli-belah tampil menandatangani petisyen sebagai tanda solidariti.

Sokongan hebat ini membuktikan rakyat mahu perubahan! Kami akan terus bergerak ke seluruh negara demi memastikan suara rakyat didengar. Jom bersama kami, tandatangani petisyen di https://www.change.org/HapusCajRM1atau sokong kempen di lokasi berhampiran anda!

Bersama, kita hapuskan caj RM1 yang membebankan!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TLDM

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my