30 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Sokongan Padu di Gelugor untuk Kempen #HapusCajRM1!

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 kini menjelajah kawasan Gelugor, Pulau Pinang dengan semangat luar biasa! Dipimpin oleh Sdr. Abdul Hafiz, Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, penduduk tempatan tampil menyokong perjuangan ini.

Sdr. Abdul Hafiz turun padang berinteraksi dengan masyarakat, mengedarkan risalah, dan mengumpul tandatangan. Di Warung 9 Beradik, Sdr. Zulkifli Hassan turut memperjuangkan isu ini dengan mendapatkan sokongan penduduk tempatan yang sedang menikmati hidangan.

“Caj RM1 mungkin kelihatan kecil, tetapi jika dikira setiap bulan, ia sangat membebankan, terutama kami dari golongan B40,” kata seorang penduduk di Gelugor.

Sokongan masyarakat menunjukkan solidariti luar biasa, membuktikan rakyat sedar bahawa caj ini tidak adil dan membebankan. Dengan usaha berterusan, matlamat 1 juta tandatangan semakin dekat untuk membawa suara rakyat kepada pihak berwajib!

Jom sertai kami dan tandatangan petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TLDM

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my