17 Nov 2016

BERITA GLOBAL

 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merupakan satu badan induk kesatuan-kesatuan sekerja yang terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta di Malaysia.

Pada awal penubuhannya, MTUC telah mengambil banyak langkah-langkah yang dilihat sebagai baik untuk pekerja dan kesatuan sekerja. MTUC ketika itu sebuah pertubuhan yang bertenaga dan tidak tergugat dengan apa jua tekanan yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MTUC telah banyak kehilangan relevannya dan telah menjadi wakil yang tidak berkesan kepada pekerja di Malaysia.

KEPENTINGAN PEKERJA DIUTAMAKAN TANPA MELENGGAH-LENGGAHKANNYA

MTUC amat penting bagi pembangunan dan kemajuan kesatuan dan pekerja Malaysia. Ia amat memerlukan kepimpinan yang berwawasan jitu dan mampu merangka pelan jangka panjang bagi kemajuan pekerja dan negara.

Saudara J Solomon daripada NUBE menawarkan diri untuk berkhidmat bagi warga pekerja dengan bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung MTUC dalam pilihan raya MTUC akan datang pada 29 dan 30 November 2016.

Kami memohon supaya anda memberi sokongan kepada Saudara J Solomon dan pasukannya bagi membentuk MTUC yang progresif demi masa depan pekerja di Malaysia.

 

 

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my