02 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Melaka Bangkit! #HapusCajRM1 Terus Terima Sokongan Padu di Lotus's Melaka Cheng!

Momentum semakin kuat! Kali ini, NUBE SMJ turun ke Lotus’s Melaka Cheng, menggerakkan rakyat untuk menghapuskan caj RM1 yang tidak adil bagi pengeluaran ATM!

Dipimpin oleh Bro Shahalam, Bro Aznor, serta IRC wanita yang aktif, pasukan turun padang pada waktu petang, mendekati rakyat pelbagai lapisan masyarakat. Sambutan? Luar biasa! Ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka, mengatakan caj ini membebankan rakyat biasa, terutamanya golongan B40 & M40.

"Setiap ringgit amat berharga. Kenapa kami perlu bayar untuk mengakses wang sendiri?" – seorang rakyat prihatin.

Rakyat telah bersuara, dan kita kini selangkah lebih dekat untuk mencapai 1 JUTA tandatangan! Jika anda masih belum menandatangani, cari sukarelawan kami atau tandatangani petisyen sekarang!

Bersama, kita lawan! Bersama, kita MENANG!

Jika anda juga mahu keadilan, tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ipoh #GerbangMalam

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my