06 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Lapaq Food Festival & C Mart Padang Serai Dibanjiri Sokongan! 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 Semakin Menggila!

Gelombang kebangkitan rakyat semakin kuat! Lapaq Food Festival & C Mart Padang Serai menjadi saksi bagaimana rakyat bersatu menolak caj RM1 yang membebankan!

Diketuai oleh Setiausaha Kehormat Cawangan PKP, Sis Siti Haryati, kempen ini turut digerakkan oleh Sis Marjaan, Bro Karthigasan, Bro Arjunan, Bro Ravidran & Bro Khamis yang turun padang, memberi penerangan dan mengumpul tandatangan daripada pengunjung festival dan pelanggan pasar raya.

Suara rakyat semakin lantang! Peniaga kecil menegaskan bahawa setiap ringgit amat berharga, jadi mengapa perlu bayar untuk mengeluarkan duit sendiri? Bagi mereka yang sering membuat pengeluaran kecil, caj RM1 ini menjadi beban. "Bank sudah untung besar, kenapa masih cekik rakyat?"

Padang Serai dah bersuara! Anda bila lagi? Jika anda nampak pasukan NUBE, pastikan anda tandatangan petisyen ini!

Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1

Sebarkan kepada rakan & keluarga! Bersama kita hapuskan caj RM1 yang menindas ini!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my