10 Feb 2025

BERITA NUBE

 

PAHANG MEMBANGKIT!

AJK Kerja telah bersatu menganjurkan Mesyuarat bersama rakan-rakan seperjuangan NUBE di Pahang pada Sabtu, 8 Februari 2025 .

Perjumpaan ini telah disambut meriah  oleh hampir 50 ahli NUBE yang hadir dari sekitar negeri Pahang . Mesyuarat ini telah dikendalikan dengan penuh semangat oleh Naib Pengerusi NUBE KLSP, Sdr Mohd Faisal Bin Husin dan AJK KLSP, Sdr Yushamizan Bin Yusoff.

Sesi perjumpaan ini menekankan taklimat untuk memupuk kesedaran  serta mengutamakan hak dan maruah seorang pekerja terlebih dahulu.

Selain itu, turut ditekankan adalah mengenai Perjanjian Kolektif (CA) , di mana setiap ahli NUBE perlu faham dan cekap dalam memahami segala artikel yang terdapat dalam buku CA tersebut.

Sesi ini juga menjadi platform penting untuk memberi informasi tepat mengenai isu semasa antara pihak bank-bank dan kesatuan, termasuk isu:

Bantuan Perayaan (FA)

CA ke-20 yang dirujuk ke Mahkamah 

Kempen berterusan untuk Menghapuskan Caj RM1 ATM 

Ahli-ahli memahami taktik pihak bank  dan berikrar untuk bersatu padu dalam perjuangan menuju ke arah keadilan .

Ahli-ahli di negeri Pahang menunjukkan sokongan padu  terhadap kempen ini dan berkongsi pendapat bagi melancarkan perjalanan kempen ini dalam masa terdekat .

#PahangMembangkit #SolidaritiTeguh #HidupPekerja #HidupNUBE #HapusCajRM1 #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjanjianKolektif #BersatuKitaTeguh #KeadilanUntukSemua #PahangRises #StrongSolidarity #LongLiveWorkers #LongLiveNUBE #AbolishRM1Fee #UnionStrong #WorkersRights #CollectiveAgreement #UnitedWeStand #JusticeForAll 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my