15 Feb 2025

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI NUBE PAHANG, SEMANGAT PAHLAWAN BANGKIT!!!

Kebangkitan solidariti ahli-ahli NUBE di Pahang semakin kuat dan hebat, kerjasama semangat berpasukan sukarelawan dikalangan ahli-ahli NUBE KLSP melambangkan kekuatan dan keberanian rakyat Pahang.

"PAHANG GAGOH, RAKYAT SEPAKAT!”

Kempen Hapus Cas RM1 di Pahang untuk mendapatkan tandatangan sokongan rakyat Pahang terus mencetuskan gelombang kesedaran yang luar biasa! Sambutan hangat daripada masyarakat membuktikan bahawa isu caj RM1 bagi pengeluaran tunai di ATM semakin mendapat perhatian dan sokongan yang padu.

Tarikh: 11 Februari 2025 (Selasa)

Lokasi:

Pasar Malam Indera Mahkota Kuantan Pahang

Bandar Kuantan Pahang

Perkampungan Beserah Kuantan Pahang

Setiap tandatangan yang dikumpulkan adalah bukti rakyat semakin sedar dan sepakat menuntut keadilan. Kempen ini bukan sekadar suara individu, tetapi suara kolektif rakyat yang menolak caj yang membebankan!

Solidariti luar biasa yang ditunjukkan oleh sukarelawan di kalangan ahli NUBE di Pahang juga sangat mengagumkan. Tanpa usaha mereka, kempen ini tidak akan sampai ke tahap ini!

Perjuangan diteruskan! Jangan berhenti bersuara, teruskan menyokong Kempen Hapus Cas RM1 sehingga kemenangan berpihak kepada rakyat!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my