LAWATAN KERJA ZON 6: MEMPERKUKUH SOLIDARITI, MEMPERJUANGKAN HAK PEKERJA
Kangar, 26 Februari 2025 – Satu lawatan kerja telah diadakan di Zon 6, bertempat di Affin Bank Kangar, MBSB Kangar, Public Bank Kangar, MBSB Alor Setar, Affin Bank Alor Setar, dan Public Islamic Bank Jalan Kota.
Lawatan kerja selama dua hari di sekitar bandar Kangar dan Alor Setar ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, Sdr Zaini Halidan, bersama Ahli Jawatankuasa Kerja, Sdr Sallehuddin dan Sdr Shukri.
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesatuan dan memperjuangkan hak pekerja, lawatan ini bertujuan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli NUBE serta mendapatkan maklum balas dan membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan dan hak pekerja.
Sesi perkongsian pendapat turut diadakan bagi memberi ruang kepada ahli untuk menyuarakan pandanganserta memperkukuhkan hubungan antara pegawai NUBE dan ahli.
Antara isu yang dibangkitkan termasuklah:
Kebajikan pekerja
Hak-hak kesatuan
Cabaran di tempat kerja
Sdr Zaini Halidan dan pasukan bukan sahaja mengambil maklum setiap permasalahan yang diutarakan tetapi turut memberikan nasihat serta cadangan penyelesaian yang konstruktif, selaras dengan peranan NUBE sebagai pelindung hak pekerja.
Dengan semangat solidariti yang kukuh, diharapkan lawatan sebegini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan ahli sentiasa dilindungi serta diperkasakan!
#SolidarityStrong #LongLiveWorkers #LongLiveNUBE #StrongUnion #WorkersRights #WelfareGuaranteed #TogetherWeStand #FightingForJustice #SolidaritiTeguh #HidupPekerja #HidupNUBE #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanTerjamin #BersamaKitaTeguh #PerjuanganBersama
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now