10 Mar 2025

BERITA NUBE

 

 

Kempen Tandatangan #HapusCajRM1 MEPS di Ramadhan Food Fest 2025

Pulau Pinang, 7 Mac 2025 – Kempen Tandatangan #HapusCajRM1 MEPS telah berlangsung dengan jayanya di Ramadhan Food Fest 2025 di Pulau Mutiara. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul sokongan orang ramai bagi mendesak pemansuhan caj transaksi RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM rangkaian MEPS.

Kempen ini diketuai oleh Bendahari Kehormat Sdri Harinder Kaur, dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Esawaran dan Sdri Marjaan, dengan sokongan Sdr Arjunan, Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP. Mereka giat mengedar risalah serta memberi penerangan kepada pengunjung mengenai beban kewangan yang ditanggung pengguna akibat caj tersebut.

Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan! Ramai yang tampil memberikan sokongan serta menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda solidariti.

Kempen ini akan diteruskan di lokasi-lokasi lain bagi mencapai sasaran 1 juta tandatangan sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.

NUBE berharap dengan usaha ini, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya demi kebajikan rakyat!

Teruskan perjuangan! Tandatangan & sebarkan petisyen sekarang! www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #RamadhanFoodFest

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my