NUBE PKP Teguh Bersama: Lawatan Kerja ke Standard Chartered Gurney Paragon
Georgetown, 20/03/2025 – Dalam usaha memperkukuh kebajikan ahli dan memastikan suara pekerja terus didengari , Pengerusi Cawangan NUBE PKP, Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen, bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Esawaran, telah mengadakan lawatan kerja ke Standard Chartered cawangan Gurney Paragon .
Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi satu inisiatif proaktif untuk memahami cabaran di tempat kerja serta memperkukuh hubungan antara kesatuan dan ahli.
Lawatan ini bertujuan untuk bertemu ahli-ahli NUBE di cawangan tersebut serta mendengar isu-isu yang dihadapi mereka .
Beberapa perkara penting yang dibincangkan:
Kebajikan pekerja
Persekitaran kerja yang selamat & kondusif
Hak-hak pekerja di bawah perjanjian kolektif
Selain itu, lawatan ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara kesatuan dan ahli, memastikan suara pekerja terus diperjuangkan . Sdr Abdul Jamil menegaskan bahawa NUBE komited untuk membela kepentingan pekerja sektor perbankan dan akan terus memperjuangkan kebajikan serta hak pekerja!
#NUBE #WorkersSolidarity #WorkersRights #UnionStrong #JusticeForWorkers #WeStandTogether #BankingUnion #StrongerTogether #ProtectWorkersRights #WorkersWelfare #SolidaritiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #JusticeForWorkers #WeStandTogether #PerjuanganPekerja #KitaJagaKita #WorkersWelfare
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now