23 Mar 2025

BERITA NUBE

 

Edisi Khas Suara NUBE: Lebih 50,000 Rakyat Mahu Caj RM1 ATM Dimansuhkan!

Suara rakyat semakin lantang! Lebih 50,000 orang telah menandatangani petisyen fizikal menuntut pemansuhan caj RM1 ATM yang membebankan! MP dari pelbagai parti juga bersuara, tapi kerajaan masih diam!

MP RSN Rayer: "Sebarang penjimatan untuk rakyat harus disokong!"
MP Teresa Kok: "Kita dikenakan bayaran untuk mengeluarkan duit sendiri! Ini tak masuk akal!"
MP Ahmad Fadhli Shaari: "Sistem kapitalis sedang mengeksploitasi kita!"
MP Salamiah Mohd Nor: "PayNet, BNM & 11 bank pemegang saham telah mewujudkan satu monopoli… ke mana duit ini pergi? Sudah tentu bukan untuk membantu rakyat!"

BNM & kerajaan MADANI, berapa lama lagi mahu tunduk kepada bank-bank besar? Rakyat sudah bersuara, bertindaklah sekarang!

Jangan biarkan diri anda terus diperah! Tandatangan petisyen! www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #SpecialEditionSuaraNUBE #50KVoicesStrong #MPsForThePeople #BNMDoTheRightThing

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my